Monday, December 13, 2010

Panduan Selesa Damai Putrajaya

Salam Tuan/Puan/Sdra/i

Untuk ke Presint 11 ada  3 laluan: (1) melalui Presint 9, (2) melalui Presint 10 dan (3) melalui Jalan PICC.

Sekiranya anda melalui laluan (1) iaitu melalui Presint 9 - akan jumpa terowong dari presint 9 ke presint 11. Setelah melepasi terowong jika memandu - memandu terus ikut jalan utama di mana banyak stop ditemui sehingga jumpa kelompok Apartment PUTRA DAMAI ( simpang2  yang akan dijumpai ialah berikut Jalan P11K sebelah kanan, P11J sebelah kiri dan kanan,  P11H sebelah kiri, P 11B sebelah kanan, P11H sebelah kiri dan P11 sebelah kiri - maknanya dah sampai. Blok Apartment sebelah kiri dan blok pertama ditemui adalah Blok C 16 tingkat. di sebelah kanan ada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).

Sekiranya melalui laluan (2) iaitu melalui Presint 10 - akan jumpa PuspanitaPuri sebelah kanan, Lanai (kompleks kedai tak besar sangat tapi ekslusif ) sebelah kanan, Kompleks Seri Perdana (Rumah Perdana Menteri) sebelah kanan dan jumpa jambatan, pandu terus jumpa petronas sebelah kiri, memandu lagi sehingga jumpa simpang empat utama jalan P11B, belok ke kanan akan jumpa Balai Polis Presint 11 sebelah kiri, memandu terus akan menjumpai simpang-simpang berikut P11A (kiri) P11B (kanan), P11C sebelah kanan, P11D (kiri) P11C (kanan), P11F kiri dan P11C kanan. Di sini merupakan simpang empat dan sebelah kanan adalah Kelompok Apartment Putra Damai. Blok yang berhampiran adalah Blok A 16 tingkat. Sebelah kirinya adalah Pusat Kejiranan Presint 11. 

Dan jika ikut laluan (3) iaitu dari Jalan PICC akan jumpa presint 2 kompleks pejabat kerajaan, presint 3 kompleks pejabat kerajaan, presint 7 ( ada Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, ERL), presint 8 sebelah kanan dan presint 9 sebelah kiri - memandu terus hingga jumpa simpang 4 utama dan memandu terus jumpa Balai Polis dan hingga jumpa apartment (lihat laluan 2)

Sekiranya ada masalah mencari lokasi boleh telefon saya (mdrazlan) untuk mendapat bantuan talian hayat...hmmmm, insyaalah saya boleh membantu

Simpan juga No telefon isteri saya sekiranya hp saya tidak dapat dihubungi seperti bateri habis atau sebab-sebab lain iaitu Kak Zie 019 6963837 atau anak lelaki saya Ariff 0136756769 (21 tahun) (jadi boleh agaklah umur kami nak panggil apa abang/kakak, pak cik makcik/ adik ....hhhmmmm panggilan yang sesuai.....untuk dapatkan kunci sahaja.

Saya harap penjelasan saya di atas dapat membantu tuan/puan/sdra/i mencari apartment tersebut. Untuk makluman saya mempunyai 2 unit apatment untuk sewa harian iaitu di Blok A Tingkat 16 dan Blok C Tingkat 4. Kedua-dua Blok ada kemudahan lift . Kawasan persekitaran adalah bersih dan terjaga. Dekat lift ada jaga .... mereka semua ok tak tanya pun.

Saya memohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan semua peralatan elektrik terutama aircon JANGAN terlupa swith off, maklum bil lektrik tinggi nanti. Gas dimatikan. Dan satu lagi sampah mohon kalau boleh dibawa turun untuk dibuang di rumah sampah. Di Blok A di hadapan blok dan jika di blok C di belakang blok. Plastik sampah ada disediakan.

Kemudahan di Blok A - Surau dan Kedai Runcit di bahagian bawah blok. Kemudahan Blok C - Kedai Dobi, Kedai Runcit (ada 2 buah), Kedai Gunting Rambut , Restoran Mamak 24 jam.

PENGHARGAAN - saya bersyukur kerana 95% penyewa lepas membantu saya dengan meninggalkan apartment dalam keadaan baik. Saya amat menghargai mereka dan tuan/puan semua.

sekiranya nak mencari maklumat lain di Putrajaya sila baca blok saya my homestay 1 - ada semua maklumat tempat makan, tempat melawat, pum minyak dll.

maklumat tambahan - Kalau yang ingin mencari apartment di kawasan Puchong saya ada sebuah lagi di Apartment Cempaka Bukit Puchung 2. Apartment 5 tingkat dan unit saya di tingkat 3 (maaf tiada lift). Ianya sebelah Cyberjaya dekat Universiti  Universiti Lim Kok Wing Cyberjaya +- 3 km sahaja, berhampiran Markas SMART (Special Malaysia Assistant and Rescue Team), jalan menuju ke Metro Driving Acakemy (Puchong) dan jalan menuju ke Putra Perdana. Ramai juga orang yang tinggal kawasan ini berminat apat saya di sini.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada sokongan anda semua. Kepada mereka yang tolong mempromosikannya secara tidak langsung diucapkan terima kasih juga semuga Allah murahkan rezeki tuan/paun.


dari mdrazlan 019 6160 361, zie 019 696 3837(isteri), arif 013 675 6769 (anak)